Produk & Perkhidmatan: Pemfaktoran

 

ORIX Factoring Malaysia Sdn. Bhd.

Perfaktoran membantu perniagaan anda dengan memberi kemudahan wang pendahuluan disaat anda memerlukan.

Faedah-Faedah Pemfaktoran

Aliran wang tunai segera. Anda tidak lagi perlu menunggu pembayaran daripada pelanggan anda untuk menjalankan atau memperluaskan perniagaan anda.
Diskaun tunai. Anda ada kelebihan untuk menuntut diskaun tunai daripada pembekal melalui pembayaran segera kepada pembekal.
Tidak perlu bergantung kepada kemudahan-kemudahan bank yang selalunya akan meminta cagaran daripada setiap kemudahan yang diberikan.  
Tidak memerlukan cagaran.
Membantu anda mengendalikan dokumen-dokumen pembayaran.
Membantu anda memunggut hutang terus daripada pelanggan-pelanggan anda.



Mengapa ORIX?
Pilahan tepat untuk membantu masalah kewangan anda.
Anda tidak perlu bergantung kepada kemudahan daripada 'Traditional Banking'
Pegawai-pegawai yang mesra, dedikasi dan prihatin akan keinginan perniagaan anda. 
ORIX menyediakan pelbagai kemudahan-kemudahan kewangan.
Tindakbalas yang cepat dan personal.
ORIX berkembang bersama anda.

Back To Top

ORIX akan memberi anda tunai sehingga 80% daripada harga inbois anda. Selebihnya akan dibayar setelah pelanggan anda menyelesaikan pembayaran.

  • Kadar yang dikenakan adalah berpatutan dan kompetitif.

  • Yuran pemerosesan dan guaman adalah rendah dan berpatutan.

  • Pegawai-pegawai ORIX yang berpengelaman akan menolong anda dalam tugas-tugas kawalan kredit dan kegiatan untuk mendapatkan pembayaran hutang anda.

  • ORIX akan memberi anda laporan-laporan semasa dan bulanan mengenai kedudukan akaun anda dan pelangan anda.

  • ORIX juga akan memberi khidmat nasihat percuma berkaitan dengan perniagaan anda.

Proses Pemfaktoran
Berikut adalah illustrsi ringkas bagi susunan Pemfaktoran.  

Syarikat melalui Pemfaktoran
1) Menerima pesanan untuk barangan / perkhidmatan secara kredit (ie 60 hari)
2) Menghantar barangan / perkhidmatan (inbois & nota hantaran)
3) Faktor inbois kepada ORIX Factoring malaysia
4) Wang pendahuluan sebanyak 80% setelah menolak caj khidmat dalam masa 24 jam.
5) Pembayaran kepada ORIX Factoring Malaysia sebanyak 100% (ie setelah 60 hari)
6) Membayar baki 20% setelah ditolak IPC.

Back To Top

Berapakah kadar yang dikenakan?
   Anda hanya dikenakan:

  1. Caj khidmat Urusniaga Keatas jumlah inbois yang difaktorkan.

  2. Caj keatas wang pendahuluan yang  dikenali sebagai "Initial Payment Charge (IPC)" keatas wang yang diberi. IPC ini dikenakan sehingga pembayaran dibuat oleh pelanggan keatas inbois yang difaktorkan.

Berikut adalah contoh pengiraan untuk Pembayaran Khidmat dan IPC.
Gross Inbois Value
Wang Pendahuluan 
Wang Ditahan 
Caj Khidmat 
IPC 
: RM100,000
: 80%
: 20%
: 1%
: 11%

Peringkat Pertama
Inbois Difaktorkan

Pengiraan:

Jumlah Inbois 
Tolak Wang baki 
Wang Pendahuluan
Tolak Caj Khidmat 
Dibayar kepada pelanggan

(Dalam masa 24 jam)

: RM100,000
: RM 20,000
: RM 80,000
: RM 1,000(1% x RM100,000)
: RM 79,000

Peringkat ke-2
Pembayaran diterima daripada pembeli setelah 60 hari

Pengiraan:

Wang Baki 
Tolak IPC 
Baki dikembalikan 

: RM 20,000
: RM   1,447 (60/365xRM80,000x11%)
: RM 18,553  

Apakah sekuriti yang diperlukan?
  
ORIX tidak memerlukan cagaran seperti tanah, bangunan dan sebagainya. Kebiasaannya,   
   ORIX hanya meminta pengarah-pengarah syarikat atau pemegang saham sebagai penjamin.

Apakah kriteria untuk pemfaktoran?

  1. Jualan secara kredit

  2. Pembeli bersetuju untuk membayar kepada syarikat Pemfaktor melalui surat persetujuan untuk pemfaktoran

  3. Jualan tidak secara kontra

  4. Hutang yang tidak dicagarkan melalui debentur

  Cara Pemohonan

Hubungi ORIX Factoring Malaysia dan lengkapkan borang pemohonan
Download 
- Borang pemohonan PDF format* (524kb) / Word fromat (258kb)
- Isikan borang pemohonan dan faks ke 03-2144 1840


* Memerlukan Adobe Acrobat Reader.

Back To Top